RESEARCH
METHODOLOGY IN ISLAMIC PERSPECTIVE (RMIP)
Wan Sulaiman Wan
Yusoff
Insaniah University
College
Since Islam is Addin
or Divine religion and not the religion of manmade, thus its Syariah method,
rules and regulations (Methods and Hukum) are consistent, reliable,
unquestionable, stable and everlasting. In its teachings, Islam holds the right
and proper scientific methodology for any time, any age, anywhere and any
discipline of knowledge. It encourage people to learn and to get proper
methodology in order to get proper finding results based on Divine guidance and
it shall be useful for themselves and their community and society to achieve
the higher positions of their function as a servant and trusteeship (Khalifah)
in this world and the world of hereafter. The people do the research in any
discipline in Islam – the main purpose is to achieve and secure the status of
the degree of their piety (Taqwa), righteousness, right
intentions and sincerity in every good deed activities. Therefore, research
methodology in Islam must be the way to achieve the above ultimate goal of
daily life activities. On the other hand, conventional methodology its ultimate
goal behind the motivation of scientific research and action just want to
achieve only the value of worldly achievement i.e. materialistic achievements
(see James Joyce’s Portrait of the Artist) for individual people or State level.
Beside the above goals, Islamic Research Methodology, the way of doing
research, must be based on derive or from the original sources of Al-Quran,
Al-Sunnah, Qiyas and Ijma’ Ulama’ and the scientific research methodology
needs to follow suit. This paper presents not purely Islamic approach but at
the same time it also discusses the conventional approach based on Islamization
of knowledge.
The
Features of Islamic Research Methodology
Dana Nawzar Ali Jaf
Universiti Putra
Malaysia
Using the
conventional research methods to study Islam has proved inadequate. Muslim and
non-Muslim scholars alike have difficulties when trying to use the traditional
research tools to understand Islam. However, it is not impossible to come up
with a new approach towards Islamic research through adopting a new
methodology. This paper discusses the philosophical principles that underlie
Islamic research methodology. It discusses the positivist and interpretivist
frameworks in relation to Islamic studies, and finally suggests several
features of the aspired Islamic research methodology.
THE Concept of Islamic Research
Methodology: A REFLECTION
Dina Fauziah
Universitas Siswa Bangsa Internasional
Term of Islamic Research Methodology is still unfamiliar with
us. The fact that Muslim tend to use Western methodology of research to support
their research, thesis or many academic purposes. Some people might be thought
that Islam is only talks about communication to our God, Allah SWT, how to
pray, etc. They might be forgotten that Islam is “rahmatan lil ‘alamin”
or we can simplify the word that Islam as blessful to the world. In the other
hand, Islam already brought as universal religion which means can be applied
into all aspects of human life. The need and the urgency for Islamic
methodology arise from the context of Islamization of knowledge and claims that
Islam offers the best solutions to the problems of the world. Islamic
perspective of methodology brings the concept that Islam can answer the entire
social phenomenal context. Islamic perspective based on al-Qur’an and al-Hadith
is very important not only for explaining about individual but also for
explaining social world’s issue around us.
ASAS PERKAEDAHAN PENYELIDIKAN PENGURUSAN INSAN
BERTERASKAN ISLAM
Fadzila Azni Ahmad
Universiti Sains Malaysia
Makalah ini
tertumpu kepada perbincangan tentang elemen-elemen yang seharusnya menjadi asas
dan mencirikan perkaedahan penyelidikan pengurusan insan berteraskan Islam
serta membezakannya dengan perkaedahan penyelidikan pengurusan insan lazim.
Elemen-elemen asas yang dimaksudkan ialah tasawur, epistemologi dan ontologi
perkaedahan penyelidikan itu sendiri. Perkaedahan
penyelidikan lazim termasuk dalam konteks perkaedahan penyelidikan pengurusan
insan merupakan perkaedahan yang dominan pada masa kini. Ia dipakai secara
meluas oleh penyelidik dalam hampir setiap bidang penyelidikan termasuklah
bidang pengajian Islam atau penyelidikan berkaitan Islam. Pendekatan
rasionalisme, empirisisme dan positivisme misalnya sering dijadikan asas dalam
membentuk dan menggariskan kaedah bagi hampir setiap penyelidikan pada hari
ini. Persoalannya, apakah perkaedahan penyelidikan lazim ini sesuai untuk
dipakai ke atas penyelidikan pengurusan insan berteraskan Islam ataupun
penyelidikan dalam bidang pengajian Islam atau yang berkaitan dengan Islam?
Adakah ia mempunyai instrumen analisis yang mencukupi untuk meneliti sesuatu
dan menanggapi permasalahan apatah lagi mengemukakan penyelesaian secara Islam?
Makalah ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan di atas dengan menumpukan
perbincangan kepada tiga elemen yang menjadi asas sesuatu perkaedahan
penyelidikan iaitu acuannya atau tasawur, asas ilmunya atau epistemologi dan
sifatnya atau ontologi.
APLIKASI KAEDAH MUFASSIRIN
DALAM PENGANALISISAN DATA PENYELIDIKAN BERKAITAN ISLAM
Mohd Shukri Hanapi
Universiti Sains
Malaysia
Dalam sesuatu
penyelidikan, analisis data merupakan salah satu bahagian terpenting kerana
hasilnya akan merungkai masalah yang diketengahkan dan seterusnya mencapai
objektif kajian yang ditetapkan. Terdapat pelbagai kaedah analisis yang digunakan
oleh para ulama terdahulu dalam menganalisis sesuatu data yang diperoleh.
Kaedah analisis data ulama fiqh
mungkin berbeza dengan kaedah analisis data yang digunakan oleh para ulama
kalam, tasawuf dan tafsir. Semuanya bergantung pada objektif kajian yang hendak
dicapai. Kertas kerja ini hanya bertujuan meneliti kesesuaian pengaplikasian
kaedah yang digunakan oleh mufassirin
(ahli-ahli tafsir) khususnya dalam mentafsir ayat-ayat al-Qur’an terhadap
proses penganalisisan data dalam penyelidikan berkaitan Islam. Persoalannya,
apakah kaedah mufassirin itu?
Bagaimanakah kaedah tersebut dapat diaplikasikan dalam konteks penganalisisan
data bagi sesuatu penyelidikan berkaitan Islam? Untuk menjawab semua persoalan
ini, perbincangan dalam kertas kerja ini dibahagikan kepada dua bahagian utama.
Pertama, membincangkan kaedah yang digunakan oleh mufassirin dalam mentafsir ayat-ayat al-Qur’an; dan kedua,
membincangkan kesesuaian pengaplikasian kaedah mufassirin tersebut dalam proses penganalisisan data bagi sesuatu
penyelidikan berkaitan Islam. Sebagai hasilnya, kajian perpustakaan ini
mendapati kaedah tafsir sesuai diaplikasikan dalam penganalisisan data bagi
penyelidikan berkaitan Islam. Kesesuaian ini berdasarkan dua aspek penting yang
perlu diberi tumpuan iaitu aspek kaedah penarafan sumber dan aspek kaedah
penganalisisan data berdasarkan sumber-sumber yang berautoriti.
KAEDAH NAQD AL-HADITH
SEBAGAI KAEDAH PENENTUKESAHAN DATA:
Analisis
Dari Perspektif Al-Qur'an dan Al-Sunnah
Nor Hanani binti Ismail
Universiti Sains
Malaysia
Kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, mengenal pasti
kaedah-kaedah naqd al-Hadith. Kedua menganalisis kaedah naqd
al-Hadith sebagai kaedah penentu kesahan data bagi penyelidikan berkaitan
Islam. Kaedah naqd al-Hadith merupakan kaedah yang digunakan untuk
meneliti dan membezakan antara Hadith yang sahih dengan yang tidak sahih.
Berdasarkan asas tersebut, timbul dua persoalan. Pertama, apakah
kaedah-kaedah naqd al-Hadith yang dibincang dan diaplikasikan oleh ulama
Hadith? Kedua, mengapa tidak
kaedah-kaedah ini diguna pakai sebagai kaedah penentu kesahan data bagi
penyelidikan berkaitan dengan Islam dan hal ehwal orang Islam? Kertas kerja ini berhasrat mencari jawapan kepada
kedua-dua persoalan ini berdasarkan analisis tekstual terhadap literatur yang
berkaitan. Bagi persoalan pertama, kertas kerja ini mempamerkan lapan kaedah naqd
al-Hadith yang telah dikenal pasti. Bagi persoalan kedua pula, kertas kerja
ini merumuskan kaedah-kaedah naqd al-Hadith sebagai kaedah penentu kesahan
data untuk diguna pakai dalam penyelidikan yang berkaitan dengan Islam dan hal
ehwal orang Islam.
منهج المحدثين في
التعامل مع الإشارات العلمية في نصوص النبوية: دراسة تحليلية
آدم محمد مصطفى
(الجدكاوي)
International Islamic University Malaysia
International Islamic University Malaysia
ورود الإشارات
العليمة في نصوص الأحاديث النبوية على صاحبها أفضل الصلاة وأتم التسليم، فيه إشارة
واضحة على أن هذه الرسالة صالحة لكل جيلٍ على مر التاريخ، وأنه مستمد من بديع
الكون وخالق الإنسان، وهذه النصوص المدونة والمحفوظة التي تحتوي على إشاراتٍ
علميةٍ في مختلف العلوم والفنون، هي تلك الأحاديث التي رويت برواية مختلفة منها
الصحيح المسند المتصل، والحسن المعروف المشتهر، والضعيف المنجبر، ومعلوم أن
للمحدثين منهج علميٌ يتسم بالموضوعية والحيادية وعلم الجرح والتعديل عنا ليس ببعيد
وكل ذلك من أجل الذود عن أحاديث رسول الله متناً وسنداً، وهذه
الورقة جاءت لتقف على ذلك المنهج لعلماء الحديث في الغابر والحاضر، وذلك لتحقيق
هدف من أهداف الورقة وهي كشف وإبراز مدى عالمية وعلمية الهدي النبوي وصالحيته لكل
العالم من شرقه إلى غربه في إجاباته العلمية والاجتماعية والاقتصادية على حدٍ سواء،
ودعوته للتكامل المعرفي وردم الهوة بين المادة والروح. والمنهج المتبع في الورقة
إستقرائيٌ من خلاله يتم سبر النصوص المعني بالدراسة ومن ثم الوقوف على منهج السادة
المحدثين ومنها أسلك المنهج التحليلي لمعالجة المادة العلمية المحررة. و جاءت
الورقة في أربعة محاور:
المحور الأول: المنهج عند المحدثين. المحور الثاني: نماذج من الإشارات
العلمية. المحور الثالث: نماذج من شروح المتقدمين. المحور الرابع: ضوابط ومعايير
شرح الإشارت العلمية. الخاتمة وأهم النتائج والتوصيات. هذا، والله أسأل التوفيق
والقبول لهذا البحث الحيوي الذي يخدم السنة على صاحبها أفضل الصلاة وأتم التسليم.
The
Importance of Tawhidic Approach in Islamic Research Methodology
Ekarat Sitisan
& Metinee Adam
Universiti Sains
Malaysia
There are some
researchers who thought a religion cannot be a part of all practical life. Yet,
in Islam, to be a devotee of Allah (SWT) and seek the contentment of Allah
(SWT) only, all activities have been done for Allah which Islamic research
methodology is included as well. This paper purposed to highlight the concept
of tawhid (unity of Allah), which has to be realized deeply in every
Islamic researcher, to be essentially related in Islamic research methodology.
This study was underlain on secondary data to explore the basic sources of
Islam, the Holy Quran and the Hadith using content analysis. The study found
that every step of Islamic research has to be related to Allah (SWT). It could
not be considered as Islamic research if there is no tawhidic approach in that
research.
البحث العلمي في الدراسات الفقهية: الأسس والآفاق
علي بن ناصر السحيباني
جامعة الملك سعود
يهدف البحث إلى تبيين المنهجية المثالية في البحث العلمي عموما وفي الدراسات الفقهية خصوصا من خلال توضيح مدلول البحث العلمي وخصائصه ومصادره ووسائل التعرف عليها وجمع المعلومات وتدوينها وتوثيقها وطرق التهميش والمسودة ومراجعتها وتصحيحها والمقدمة والخاتمة والفهارس والملاحق. الخ كما سيوضح البحث الوسائل المستجدة والحديثة في البحث العلمي في الدراسات الفقهية من خلال المواقع الإليكترونية المتخصصة في الدراسات الفقهية وكذلك البرامج الحاسوبية المعدة خصيصا لخدمة الباحثين في الدراسات الفقهية .
The
Process of Fiqh Teaching and Learning: an Averroes Approach to
Methodology
Aouidad Rachid
International
Islamic University Malaysia
This paper sheds
light on the methodology of teaching and learning Islamic jurisprudence (Fiqh)
by referring to Ibn Rushd’s master peace in Fiqh namely Bidayat
al-Mujtahid wa Nihawat al-Muqtasid. This paper aims to study Averroes’s
approach to the methodology of Fiqh teaching and learning in order to provide a
theoretical framework that helps answering the shortcomings of contemporary Fiqh
education. This paper works on Ibn Rushd’s book because of its revivalist
attitude in dealing with the Islamic jurisprudence at its both levels;
methodology as well as its content. Lack of a creative methodology for the
process of teaching and learning Fiqh, which helps producing jurists
with strong understanding of both Islamic Fiqh heritage and contemporary
context, is one of the shortcomings of contemporary Fiqh education;
hence this study contributes in solving the problem of contemporary Fiqh
process of teaching and learning Fiqh by providing a sustainable
methodology frame. This study finds out that Averroes’s approach to the process
of teaching and learning Fiqh provides a sustainable methodology at the
various steps of the process namely; limitation of necessary introductions to
understand Fiqh, how to introduce Fiqh issues to students,
language to use and language exposure, ways to display information about Fiqh
issues and Fiqh disagreement. In addition this study finds out that Averroes’s
methodology practically demonstrates the process of Ijtihad training.
Students and jurists under Averroes approach are trained to understand and to
practice Ijtihad on both classical Fiqh issues as well as new
cases Nawazil. Moreover the paper finds that Averroes’s methodology has
revived the source of Fiqh understanding by allocating Fiqh
discourse in the smooth understanding of companions and their followers as it
puts it far from the zeal for the Fiqh schools Ta‘sub Madhhabi.
This study also finds that the course of Fiqh in Averroes’s frame helps
producing skilful students as well as it helps building the jurisprudential
ability known as al-Malakah al-Fiqhiyyah.
APLIKASI KAEDAH
TASAWWUR ILMU MANTIK (TASAWWUR AL-MANTIQI) DALAM PENYELIDIKAN ISLAM
Shahir Akram Hassan
Universiti Sains Malaysia
Terdapat tiga
kaedah yang besar dalam ilmu mantik. Pertama, kaedah penaakulan Tasawwur
(Konsep). Kedua, kaedah penaakulan Tasdiq (Kesahihan). Ketiga, kaedah
pembuktian kebenaran penaakulan (al-Istidlal). Tasawwur ialah
kaedah untuk menggambarkan apakah objek dan konsep yang hendak dikaji. Dalam
sesuatu penyelidikan, walaupun terdapat kebebasan dalam melihat sesuatu perkara
daripada pelbagai sudut pandang, namun ia menjadi berbeza apabila melibatkan
penyelidikan Islam. Setiap konsep mahu pun definisi mestilah selaras dengan
kehendak Islam itu sendiri. Persoalannya, apakah kaedah tasawwur ilmu mantik
itu? Bagaimanakah kaedah tersebut dapat diaplikasikan dalam menjalankan sesuatu
penyelidikan Islam? Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti kaedah tasawwur
menurut ilmu mantik dan mengaplikasikan kaedah penaakulan yang ada dalam
menjalankan penyelidikan Islam. Untuk menjawab semua persoalan ini,
perbincangan dalam kertas kerja ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama,
membincangkan kaedah tasawwur ilmu mantik; dan kedua, membincangkan cara
untuk mengaplikasi kaedah tasawwur ilmu mantik dalam menjalankan bagi
sesuatu penyelidikan Islam. Sebagai hasilnya, kajian perpustakaan ini mendapati
terdapat sekurang-kurangnya terdapat tiga kaedah tasawwur ilmu mantik
ini. Pertama, kaedah menggambarkan sesuatu melalui alfazh, mafhum
dan masadaq; kedua, kaedah mendapatkan gambaran menyeluruh melalui nisbah;
dan ketiga, kaedah pendefinisian menurut ilmu mantik. Ketiga-tiga kaedah ini
didapati memberi kesan yang signifikan dalam menjalankan penyelidikan Islam.
APLIKASI
DILALAT DALAM KAEDAH PENYELIDIKAN BERTERASKAN ISLAM
Mohd
Syahmi Bin Mohd Miswan
Terdapat pelbagai
pandangan dan perbincangan berkaitan kaedah penyelidikan dalam membincangkan
permasalahan berkaitan kebolehgunaan kaedah kajian yang tidak berteraskan
epistemologi dan tasawur Islam untuk mengkaji sesuatu perkara tentang Islam. Kertas kerja ini cuba mencari instrumen
kaedah penyelidikan yang berteraskan epistemologi dan tasawur Islam yang cuba
digunakan bagi menggantikan analisis tekstual Kaedah Penyelidikan Lazim (KPL).
Kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, meneliti dilalat dalam konteks KPI. Kedua,
bagaimana dilalat boleh diaplikasi dalam menganalisis kenyataan, teks dan
kandungan kajian berkaitan dengan Islam. Dilalat di sini merujuk kepada dalil lafaz atau
pembuktian terhadap makna. Dilalat dalam KPI adalah cara pengarahan terhadap makna dalam
menjalankan sesuatu kajian yang berkait dengan Islam. Pengarahan makna yang
diperoleh bukan hanya secara eksplisit tetapi juga secara implisit. Bagi
mencapai kedua-dua tujuan tersebut, kajian ke atas beberapa penulisan tentang dilalat dan kaedah penyelidikan
berteraskan Islam dilakukan. Ia kemudian disusun dalam tiga bahagian. Bahagian
pertama, membincangkan tentang apakah yang dimaksudkan dengan dilalat dan aplikasi dilalat
dalam
mengeluarkan hukum Islam. Bahagian kedua pula merumuskan dilalat sebagai satu langkah dalam
membuat kesimpulan daripada teks. Akhir sekali, kertas kerja ini merumuskan
bahawa dilalat boleh digunakan sebagai satu kaedah analisis data dalam KPI.
Kajian ini menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati bahawa
terdapat empat langkah dalam menghasilkan kesimpulan teks iaitu kenal pasti
pernyataan relevan, penafsiran pernyataan, penjelasan pernyataan dan penetapan
kaedah dan konsep umum.
KRITERIA PENYELIDIK
MUSLIM BERASASKAN KRITERIA KELAYAKAN MUFTI
Wan Mohd Khairul
Firdaus bin Wan Khairuldin
Universiti Sains
Malaysia
Kertas kerja ini
berhasrat mengenal pasti dan menganalisis kriteria yang perlu dimiliki oleh
seorang penyelidik Islam dalam menjalankan penyelidikan. Kriteria tersebut
ditinjau menerusi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh ulama
untuk menjadi seorang mufti. Mufti merupakan seorang mujtahid yang mampu
mengistinbatkan hukum-hukum syarak daripada sumber ambilannya dengan menepati
kaedah-kaedah berijtihad yang telah ditetapkan. Penyelidik dan mufti berkongsi
satu perkara iaitu mereka meneliti permasalahan untuk diselesaikan.
Persoalannya, apakah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh para
ulama Islam untuk dilantik menjadi seorang mufti? Dan adakah syarat-syarat
tersebut sesuai untuk diaplikasikan dalam penentuan kriteria penyelidik muslim?
Kertas kerja ini berhasrat menjawab persoalan tersebut menerusi analisis
tekstual terhadap beberapa karya klasik dan kontemporer. Kertas kerja ini
menfokuskan kepada dua perkara utama. Pertama, mengenal pasti syarat-syarat
kelayakan seorang mufti dalam Islam. Kedua, menganalisis syarat-syarat
kelayakan seorang mufti bagi diaplikasikan sebagai kriteria yang perlu dimiliki
oleh seorang penyelidik muslim dalam menjalankan sesuatu penyelidikan terutama
penyelidikan berkaitan Islam. Dapatan awal mendapati bahawa terdapat empat
syarat utama untuk dilantik menjadi mufti. Syarat-syarat tersebut adalah
muslim, mukallaf, ‘adalah (adil) dan mujtahid. Dapatan
awal juga mendapati syarat-syarat ini boleh diaplikasikan dan ditetapkan kepada
seorang penyelidik terutama penyelidik muslim dan penyelidikan yang berkaitan
dengan Islam.
Pendekatan
Sosiologi Hukum Islam Dalam Kajian Usul al-Fiqh Gunaan
Syamsul Azizul
Marinsah
Mohd Anuar Ramli
Universiti Malaya
Hukum
Islam merupakan panduan hidup yang dinamik lagi komprehensif. Ia mampu
menyediakan formula penyelesaian yang kompeten terhadap isu-isu yang timbul
dalam masyarakat Islam, sama ada melibatkan isu klasik dalam amalan tradisi
masyarakat mahupun isu baharu yang lahir dampak kemajuan sains dan teknologi
semasa. Sehubungan itu, kajian ini membincangkan tentang kaedah penyelidikan
hukum Islam yang bersifat bersepadu dalam disiplin kajian Usul al-Fiqh
Gunaan (Applied Islamic Jurisprudence). Ia memfokuskan metode Sosiologi
Hukum Islam yang diguna pakai bagi memastikan keseimbangan di antara idealisme
yang terkandung dalam hukum Islam dengan realiti perlaksanaannya di
dalam masyarakat Islam. Untuk itu, pendekatan ini akan diterapkan dalam
meneliti fenomena sosial dalam kehidupan masyarakat Bajau-Islam di Semporna,
Sabah khususnya dalam aspek amalan tradisi mereka, antaranya amalan yang
berkaitan dengan kepercayaan kepada tulah, magombbo’ dan pitulak. Hasil kajian mendapati, terdapat gejala sinkretisme dalam
adat tradisi Bajau tersebut yang mana ia bertentangan dengan syariat Islam.
Justeru, metode Sosiologi Hukum Islam yang diaplikasikan dapat memberikan
jawapan tuntas berhubung dengan amalan yang berlaku dalam masyarakat Islam.
Pendekatan Integratif Dalam Kajian Hukum Islam:
Aplikasi Terhadap Kadar Alkohol Yang Dibenarkan Dalam Makanan Dan Minuman
Mohammad Aizat Jamaludin
Universiti Putra Malaysia
Mohd Anuar Ramli
Universiti Malaya
Mohd Mahyeddin Mohd Salleh
Universiti Sains Islam Malaysia
Dewasa ini, kajian
dalam disiplin hukum Islam telah mengalami anjakan dari tradisi lama yang
berbentuk disiplin tunggal (single disciplinary) kepada tradisi
baharu yang bercorak integratif, sama ada melibatkan kajian hukum Islam dengan
sains tulen ataupun disiplin hukum Islam dengan sains sosial. Anjakan ini
adalah hasil daripada kesedaran tentang keperluan kepada penyelidikan multi
disiplin di samping cabaran terhadap kelangsungan hukum Islam sebagai panduan
hidup bagi masyarakat Islam. Ini kerana cabaran masa kini amat mendesak dalam
tiap lapangan kehidupan kesan perkembangan sains dan teknologi dan dinamika
sosial masyarakat Islam. Implikasinya telah menimbulkan isu-isu baharu sama ada
yang jawapannya dapat dirujuk secara langsung dalam legasi dan korpus ulama
klasik ataupun memerlukan kajian hukum semasa yang komprehensif. Sehubungan itu,
kajian ini akan membincangkan tentang pendekatan integratif dalam kajian hukum
Islam, dengan menawarkan model integrasi disiplin hukum Islam bersama disiplin
sains makanan. Aplikasi ini diterapkan dalam kajian tahap kadar alkohol yang
dibenarkan dalam produk makanan. Analisis dijalankan berpandukan Hadith Nabi SAW
berkaitan fermentasi nabidh dalam kajian makmal melalui instrumen gas
chromatography-mass spectrometry (GC-MS). Hasil kajian mendapati, dengan mengaplikasikan pendekatan integratif,
dapatan kajian hukum Islam adalah lebih tepat dan mampu dibuktikan secara
saintifik.
The Application of the Delphi Technique in Developing
a Sustainable Business Model for Islamic Banks
Ahmad Takiuddin bin
Shuaib
Universiti Sains
Malaysia
In
the past three decades, Islamic Banking Finance (IBF) developed rapidly in
Muslim countries and the Western world. The concern in IBF is a result of high
expectation that it could effectively offer a clear perspective for
understanding real economic problems as well as a genuine alternative for the
management of economics and finance to achieve human prosperity. Furthermore,
the anticipation coherent is with the concept of maqasid Shari’ah
(objectives of the Shari’ah), where the IBF activities realizing the
human wellbeing (maslahah-benefit) and preventing or repelling harm (mafsadah).
Moreover, in IBF the overall goal of the objectives is to facilitate the
circulation of wealth in the society, advocating fair and transparent financial
practices and promoting socio-economic justice. The
performance of IBF in the past four decades has been successful worldwide.
Despite the observed ‘financial’ success, it is important to evaluate the
performance of IBF against the objectives of Shari’ah. The analysis
resulted from the empirical studies for the performance of IBF, conversely,
shows that there is an increasing deviation between the objectives and the
realities of IBF current practices. In order to realize objectives of Shari’ah,
the means instituted by the Shari’ah will be determine by the researcher
through the application of Delphi method. The researcher will be using the
Delphi method to gain a group of expert consensus regarding the indicators of
sustainable business model for IBF. The Delphi technique is a group process
used to survey and collect the opinions of experts on a particular subject. The
future trend in the development of IBF is the expectation that it implement maqasid
Shari’ah to impact the economic substance in the form of just and fair
allocation of resources, real economic sector development, and fair and
transparent financial dealings with all the ethical hallmarks of brotherhood,
cooperation and risk sharing.
APLIKASI
PERKAEDAHAN TA’SIL DALAM
PENYELIDIKAN: KES TAKSIRAN ZAKAT PERNIAGAAN DI MALAYSIA
Zahri Hamat
Wan
Mohd Khairul Firdaus bin Wan Khairuldin
Universiti Sains
Malaysia
“Ta’sil” ialah kata terbitan daripada kalimah (أصل) yang bermaksud asal dan punca. Dalam aplikasi
ilmu fiqh, ta’sil bermaksud proses menyandarkan hukum kepada sumber dan
dalilnya. Persoalannya, bagaimanakah al-Qur’an, al-Sunnah, al-Ijma’ dan
al-Qiyas perkaedahan ta’sil diaplikasikan dalam membuat taksiran zakat perniagaan khususnya
oleh institusi zakat di Malaysia? Kertas ini bertujuan
meneroka aplikasi perkaedahan ta’sil yang meliputi al-Qur’an, al-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qiyas dalam membuat taksiran
zakat perniagaan yang wajib dibayar oleh usahawan yang terlibat dalam pelbagai
sektor perniagaan. Majoriti institusi zakat di Malaysia membuat taksiran zakat
perniagaan berasaskan modal kerja terselaras. Akan dihujah bahawa berdasarkan aplikasi perkaedahan ta’sil berdasarkan al-Qur’an, al-Sunnah, al-Ijma’
dan al-Qiyas, terbukti kaedah taksiran zakat perniagaan tidak tegar dan
terdedah kepada perubahan. Melalui aplikasi al-Qiyas misalnya taksiran zakat
perniagaan berasaskan pendapatan boleh dipakai sebagai satu kaedah alternatif.
The Methods of Qawaid Fiqhiyyah in
Investigating Muslim Practice on Business Research
Orawit Boonchom
Universiti Utara
Malaysia
Al-Fiqh plays crucial role in all perspectives and actions in Muslim daily
lives. Qawaid Fiqhiyyah regulates the numerous Islamic issues and
arranges them in one theme. The application of Islamic teachings in any Islamic
research is very significant. In the business field, how to investigate Muslim
practice is concerned in term of their business transactions and their
religious disciplines. Qawaid Fiqhiyyah can fill this gap with the
comprehensive Islamic rules. Understanding Qawaid Fiqhiyyah helps
the researchers to understand the methods of interpretation, and it enables
them to deduce the stances and solutions of the new issues. Shariah
purposes can be recognizes with Qawaid Fiqhiyyah in the simple
methods. Islamic
methods represents that Islam provides the proper answers to the entire social
phenomenal context includes business field as well.
KAEDAH METODOLOGI ISLAM: SATU
ANALISA TERHADAP KAJIAN GELAGAT KEPATUHAN ZAKAT DI MALAYSIA
Ram Al Jaffri Saad
Universiti Utara Malaysia
Kaedah metodologi Islam
bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah diperkenalkan sejak sekian lama.
Namun, kecenderungan pengkaji-pengkaji Islam menggunakan kaedah metodologi
konvensional merupakan satu kerugian kepada perkembangan kaedah metodologi
Islam. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisa kaedah metodologi
yang sering digunakan dalam kajian-kajian terdahulu berkaitan gelagat kepatuhan
zakat. Kaedah analisa kandungan digunakan bagi mengenal pasti kaedah yang
diaplikasi dalam kajian-kajian tersebut dan seterusnya dibuat perbandingan
dengan kaedah metodologi Islam. Hasil kajian menunjukkan kajain-kajian lepas
dalam bidang gelagat kepatuhan zakat mengadaptasi teori dan instrumen daripada
kaedah konvensional. Apabila diselidiki dalam literatur Islam, kaedah
metodologi Islam sebenarnya lebih sesuai digunakan dalam kajian-kajian
tersebut. Aplikasi kepada teori dan praktis turut dibincangkan di dalam kertas
kerja ini.
Methodology
of Malay Commentary works: A special reference to Shaykh Dawud al-Fatani’s Ward
al-Zawahir
Che’Razi Jusoh
International
Islamic University Malaysia
Malay commentary
works which have been flourishing in the 19th and 20th
century has left a significant legacy to the later generation with a number of
notable works survived and studied until the present time. One of the
uniqueness of those writings is on methodological aspect in which though there
are some differences among the scholars in their methodology, but some basic
and essential features are quite common. This paper aims to expose some aspects
of the methodology used by Malay scholars by engaging one of Shaykh Dawud
al-Fatani’s work namely Ward al-Zawahir
specifically on chapter Divinity (al-Ilahiyyat).
The usage of bilingual, systematic presentation, transparency, linking words
and many others shall be exposed in detail so that one may see the difference
of methodology employed by the Malay writers.
OBJEKTIVITI AL-BIRUNI DALAM KAEDAH PENYELIDIKAN: KE ARAH SUATU
KAJIAN
Nur Ilani Mat Nawi
Universiti
Sains Malaysia
Kertas
kerja ini bertujuan mencadangkan satu penyelidikan tentang objektiviti dalam
penyelidikan berkaitan Islam. Salah satu sifat dalam penyelidikan lazim adalah
adanya objektiviti. Namun terdapat permasalahan pertikaian antara penyelidik
Barat itu sendiri dan permasalahan kepekaan penyelidik Muslim terhadap
objektiviti ini. Pada masa yang sama, al-Biruni yang merupakan penyelidik
Muslim telah membuat penyelidikan berkaitan dengan agama Hindu. Penyelidikan
ini dikatakan berjaya menghasilkan dua kitab iaitu Kitab Al-Hind dan Kitab
Al-Athar secara objektif. Persoalannya, sikap objektiviti yang bagaimana yang
ada pada Al-Biruni? Apakah ciri-ciri objektiviti yang digunakan oleh Al-Biruni
dalam menghasilkan dua buah kitab tersebut? Kertas kerja ini berhasrat
mencadangkan satu penyelidikan berkaitan objektiviti al-Biruni dalam dua kitab
tersebut dan seterusnya membawa kepada pembinaan objektiviti dalam kaedah
penyelidikan berteraskan Islam.
INTEGRASI
EPISTEMOLOGI DALAM KAEDAH SAINTIFIK IBN AL-HAYTHAM
Mohd Syahmir Alias
Universiti Sains
Malaysia
Kertas kerja ini
bertujuan mengenal pasti elemen-elemen dalam kaedah saintifik Ibn al-Haytham
dan menganalisis dari sudut epistemologi. Perbincangan epistemologi sangat
berkait rapat dengan sumber dan perkaedahan memperoleh ilmu pengetahuan.
Tambahan pula, Ibn al-Haytham merupakan antara sarjana Muslim terawal yang
menggunakan kaedah saintifik dalam kajiannya. Walau bagaimanapun, kaedah
saintifik moden pada hari ini yang berpandukan falsafah logical-positivism
secara lazimnya mementingkan data yang boleh dicerap oleh deria dan bersifat
rasional pada akal. Persoalannya, adakah epistemologi kaedah saintifik Ibn
al-Haytham sama seperti kaedah saintifik lazim? Apakah elemen-elemen dalam
kaedah saintifik Ibn al-Haytham? Bagaimanakah pula pandangan Islam terhadap
epistemologi kaedah saintifik beliau? Oleh itu, kertas kerja ini menggunakan
kaedah analisis kandungan terhadap beberapa karya Ibn al-Haytham untuk menjawab
persoalan-persoalan tersebut. Perbincangan dalam kertas kerja ini disusun dalam
dua bahagian. Pertama, pengenalpastian elemen-elemen dalam kaedah saintifik Ibn
al-Haytham. Kedua, penganalisisan dari konteks epistemologi Islam. Hasilnya,
kertas kerja ini mendapati empat elemen saintifik iaitu penggunaan pancaindera,
akal, keupayaan intuisi dan pegangan kepada sunnatullah alam terkandung
dalam pemikiran Ibn al-Haytham. Dapat disimpulkan bahawa kesemua elemen ini
berada pada landasan epistemologi Islam.
The Philosophy of Scientific
Research Methodology: An Introspection of the Principles from the Islamic
Civilization Perspective
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Universiti Sains Malaysia
Muhammad Ali Sk. Abdul Kader
Cardiology Department Penang Hospital
The aim of this article is to highlight the principles of research
methodology from the Islamic civilization perspective. Scientific research has
no central focus in our modern terms apart from further dominance of nature,
refining our materialistic gain and maximizing the control of wealth, improving
our health and lives a life full of sensual pleasure with no misery. Sadly what
was vision was never fully materialized, the upper echelon of the society
gained the full benefit while the lower societies were left out and further
denigrated. The central theme of scientific research in Islam is ‘Tawhid’ or
the oneness of God. This theocentric nature of philosophy of scientific
research has proven in the annals of Islamic civilization, able to provide the
physical as well as the spiritual needs of the society equitably. The great
Islamic centers of civilization such as Cordova, Isfahan, Baghdad and Istanbul
were at their splendor of centers of excellent scientific research and
discoveries, and at the same time places for spiritual solace and tranquility.
This remarkable achievement was primarily because of the philosophical outlook
of scientific research in Islam which in sharp contrast with our modern philosophy
of research of science. We will be highlighting these Islamic philosophies,
which not only need to be studied and discussed, but also the need for such a
philosophy of scientific research urgently to be cultivated and propagated in
our contemporary scientific world in order to create a man and a society who’s
sound in mind, tranquil in soul and at the same time excellent in material and
scientific achievements. This eventually will create a balanced civilization
that upholds the principle of justice, love of knowledge and wisdom, social
integration, peace and harmony for the human kind as a whole.
No comments:
Post a Comment